Bagaimana cara nak masak Pulut Inti Manis?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pulut Inti Manis
Bagaimana cara nak masak Pulut Inti Manis?
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)
- 1 cawan santan pekat
- ½ cawan air
- 2 sudu makan gula merah
- ½ cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan (Disimpulkan)
- 1 cawan kelapa parut muda
(Diambil putih sahaja) - 2 sudu makan tepung gandum
- Sedikit garam
- Daun pisang secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Layurkan daun pisang dan potong mengikut keperluan. Lapkan.
- Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
- Masukkan loyang ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga naik wap.
- Masakkan air, gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga mendidih.
- Tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut.
- Masakkan selama 6-8 minit ataupun sehingga masak dan agak garing
bahagian bawahnya. - Untuk menggaringkan bahagian atas, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180ºC api atas selama 20 minit.
- Sejukkan dan hidangkan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.