Source: Blog Secubit Garam (Kak Nor). Saya olah sebab pakai agar bertali. Kalau nak resepi agar2 serbuk, boleh rujuk blog kak nor disini >
http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2011/06/puding-bandung-selasih.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Selasih Ku Sayang

Source: Blog Secubit Garam (Kak Nor). Saya olah sebab pakai agar bertali. Kalau nak resepi agar2 serbuk, boleh rujuk blog kak nor disini >
http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2011/06/puding-bandung-selasih.html

BAHAN-BAHAN

  • 1 Paket Agar2 tali (20gm)
  • 150gm Gula Kastor (kalau suka manis boleh lebihkan…puding saya rasa manis2 buah je)
  • 1 tin susu sejat
  • 1 Sudu besar biji selasih (Direndam sampai kembang & toskan airnya)
  • 800ml Air
  • Esen Vanilla & Pewarna
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam agar2 sebentar, toskan dan masukkan dalam periuk bersama 800ml air. Masak hingga agar2 larut sebelum masukkan gula. Masak lagi hingga gula cair.
  • Masukkan 1 tin susu sejat, kacau dengan api sederhana. Masukkan Esen Vanilla (tak payah pun x pe). Biarkan mendidih.

    (boleh juga guna resepi puding roti utk buat ni…rasanya lebih sedap dari puding simple ni…)

  • Tutup api, asingkan 1 senduk adunan kedalam mangkuk lain dan masukkan biji selasih yang sudah ditoskan tadi. Kacau rata. (kalau nak warna asal, x payah letak kaler…kalau nak selasih tu berwarna, letak le kaler ape2 pun x pe). Adunan agar2 selebihnya warnakan dengan pewarna pilihan.
  • cedok 1 sudu kecil campuran agar2 & selasih masukkan kedalam acuan. biarkan membeku sekejap. Kemudian masukkan pula adunan agar2 yg tiada biji selasih. Jika adunan kepala selasih tersebut terkeras sedikit, cucuk dengan garfu dulu sebelum memasukkan adunan agar2… jika tidak, kepala puding akan tertanggal dari badannya nanti)
  • Sejukkan dan boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut. Selamat Mencube.. :)
  • Terima Kasih kepada Kak Nor penulis Blog Secubit Garam. semoga Allah merahmati kak nor & keluarga kerana berkongsi resepi istimewa diblognya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN