Puding Roti Sos Kastad

Resepi internet.. tak sia-sia cuba.. mmg sedap.. Kuahnya yang terbaik… mesti cuba.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti Sos Kastad

Resepi internet.. tak sia-sia cuba.. mmg sedap.. Kuahnya yang terbaik… mesti cuba.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 500 ml susu segar
  • 8 keping roti (Gardenia/High 5)
  • Bahan B:
  • 4 sudu besar gula halus
  • 2 sudu besar mentega – cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis (jika suka)
  • 1 sudu besar buah pala *(jika suka)
  • Bahan C (kuah):
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
  • Hancurkan/koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam.
  • Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.
  • Bakar dalam suhu 180’C selama 30 minit/sehingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti sejuk.
  • Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan di atas api yang sederhana sebentar.
  • Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago