Enak dimakan dingin… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti Lapis Oreo

Enak dimakan dingin… :)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :-
  • 8 keping roti putih – siat2
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air (akak guna susu segar)
  • 1/2 cawan susu manis (150g)
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • Bahan B :-
  • 1 peket agar2 serbuk (10-12g)
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula halus
  • Bahan C :-
  • 2 sb majerin/mentega
  • 3 sb serbuk koko – diayak
  • 12-15 keping biskut Oreo – patah2kan bersama krimnya sekali
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan bahan2 A ke dalam blender dan kisar halus dan ketepikan.
  • Masak bahan2 B hingga larut dan mendidih lalu campurkan bahan yang dikisar tadi dan masak lagi hingga sebati dan pekat.Masukkan majerin/mentega, kacau dan matikan api.
  • Ambil 2/3 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan kacau sebati. 1/3 bahagian lagi dibiarkan putih.
  • Basahkan loyang, tuang 1/2 bahagian adunan koko dan ratakan, masukkan ke dalam freezer utk 2-3 min.
  • Keluarkan loyang lalu tuangkan separuh adunan puding putih ke atas lapisan koko,taburkan biskut oreo dan tuang lebihan adunan putih menutupi biskut oreo tadi.Masukkan lagi loyang ke dalam freezer untuk 2-3 min lagi.
  • Keluarkan loyang semula dan tuang lebihan adunan koko dan ratakan.Simpan dalam peti ais bahagian pendingin/chiller untuk didinginkan.
  • Potong puding sesuai selera untuk disajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN