?Puding Roti Brownies Bersos™

Pencuci mulut yang sesuai untuk jamuan keramaian atau dihidang bila2 masa saja.. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Puding Roti Brownies Bersos™

Pencuci mulut yang sesuai untuk jamuan keramaian atau dihidang bila2 masa saja.. :)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :-
  • 5 keping roti putih – disiat2
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 600 g susu segar (3 cwn)
  • 200 g gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 30 g serbuk koko (1/4 cwn)
  • 100 g coklat masakan – potong dadu
  • 1 peket serbuk agar2 (11/12/13g)
  • Bahan B :-
  • 1 biji kuning telur
  • Bahan Tabur :-
  • 1/2 cawan badam cincang atau hiris – dipanggang sebentar
  • 1/2 cawan choc. chips
  • BAHAN SOS KASTARD :-
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 5 sb tepung jagung + 5 sb air dan larutkan
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan2 A dan kisar halus (tak kisar pon ok setakat dikacau2 dulu hingga roti hancur)
  • Masak hingga pekat dan masukkan kuning telur dan masak terus hingga mendidih.
  • Tuang adunan kedalam loyang/bekas tahan panas atau mangkuk kecil2 yang sesuai dan taburkan badam dan choc chips rata2.Simpan dalam peti sejuk untuk didinginkan.
  • Untuk Sos :-
  • Masak susu dan gula hingga mendidih dan masukkan larutan tepung jagung dan tambah telur dan esen vanilla dan masak hingga pekat.
  • Untuk menghidang,bubuh sepotong puding roti brownies ke dalam piring dan siramkan dengan sos kastard…selamat menjamu selera… :,)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago