Bagaimana cara nak masak Puding Permata Nescafe?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Permata Nescafe

Bagaimana cara nak masak Puding Permata Nescafe?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • ½ paket serbuk agar-agar (5 g) 
  • 1 cawan gula 
  • ½ liter air 
  • ½ tin susu cair (200 ml) 
  • 1 sudu makan Nescafe 
  • 2 sudu makan air panas
    (Susu cair & nescafe dibancuh bersama dengan air panas)
  • Bahan B
  • ½ paket serbuk agar-agar (5 g) 
  • ½ liter air 
  • 1 cawan gula 
  • ½ tin susu cair (200 ml) 
  • 2 sudu makan tepung jagung
    (Tepung jagung dibancuh bersama dengan susu cair)
CARA PENYEDIAAN
    Cara Membuat Bahan A
    1. Masakkan serbuk agar-agar, gula dan air sehingga mendidih. 
      Tutup api. 
    2. Masukkan susu cair, Nescafe dan air panas yang sudah dibancuh. 
    3. Tuangkan dalam loyang dan sejukkan. 
    4. Potong dadu dan ketepikan.
    Cara Membuat Bahan B
    1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih. 
    2. Masukkan bancuhan susu cair dan tepung jagung. Kacau rata 
      sehingga agak pekat. 
    3. Tuangkan ke dalam acuan dan taburkan potongan bahan A. Sejukkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN