Puding Peach Berkaramel

Rasa masam manis buah peach disulami aroma karamel..mmg sedap dimakan time cuaca panas.Seuai juga dijadikan juadah berbuka puasa

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Peach Berkaramel

Rasa masam manis buah peach disulami aroma karamel..mmg sedap dimakan time cuaca panas.Seuai juga dijadikan juadah berbuka puasa

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Bahan-Bahan B (Puding)
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 31/2 cawan air
  • 1 tin buah peach (Asingkan buah dan air)
  • Jus/air dari buah peach
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 cawan tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang (LiNa Pg guna saiz 9in), guna api kecil masak hingga gula menjadi perang dan cair, kemudian ratakan keseluruhan loyang.
  • Susun buah peach ke atas gula hangus tadi.Ketepikan
  • Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  • Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api
  • Tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus dan susunan buah peach tadi.
  • Tuang dengan cermat dan berhati2 supaya buah peach tidak terapung
  • Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan hingga puding mengeras.
  • Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
  • Note lina pg
    Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais.Buah peach boleh jg disusun selepas puding mengeras.Terpulang kepada cara masing2

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago