Puding Laici Bersusu

Sesuai dijamu pada waktu petang atau parti/jamuan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Laici Bersusu

Sesuai dijamu pada waktu petang atau parti/jamuan.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan puding: 1/2 paket agar-agar (bukan agar serbuk tau!)
  • 7 tin air (saiz tin susu pekat manis besar)
  • 1 tin susu pekat manis saiz besar
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 1 tin susu segar ( saiz tin susu pekat manis besar )
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Gula secukup rasa
  • Bahan-bahan ‘topping’:
  • 1 tin laici (jangan buang airnya)
  • 1/2 cawan kordial laici
  • Gula dan air secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara buat puding:
  • Masak agar dengan air sampai hancur. Masukkan susu sejat Ideal, susu pekat manis, susu segar dan esen vanila.
  • Masak hingga mendidih. Selepas itu tuang ke dalam bekas puding ataupun bekas-bekas kecil.
  • Apabila puding sejuk dan keras, tuangkan ‘topping’ dan sosnya ke atas puding.
  • Cara-cara buat ‘topping’:
  • Hiris laici kecil-kecil. Masak airnya bersama air, kordial laici dan gula.
  • Masak di dalam periuk ataupun kuali sehingga pekat (jangan terlalu pekat).
  • Apabila suam-suam kuku, tuangkan ke atas puding yang telah sejuk dan keras itu.
  • Masukkan puding di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago