Puding gula hangus. Kali pertama buat ni..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Karamel

Puding gula hangus. Kali pertama buat ni..

BAHAN-BAHAN

  • 400cc (400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur – pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning – pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • (Karamel)
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  • Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  • Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  • Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  • Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  • Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN