Puding Jelly Laici dengan Sos Custard

resipi yg sangat senang. buat utk open house.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Jelly Laici dengan Sos Custard

resipi yg sangat senang. buat utk open house.

BAHAN-BAHAN

  • untuk jelly nya :
  • 2 tin laici
  • 3 kotak serbuk jelly (saya guna perisa strawberry)
  • 1.2 litter air (ikut brand jelly yg anda gunakan)
  • untuk sos custard :
  • 1 sk tepung custard
  • 1 biji telur
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 1 tin susu segar/fresh milk (gunakan tin susu cair utk sukat)
  • 1 1/2 sb gula
CARA PENYEDIAAN
  • untuk jelly : ambil buah laici dan buangkan airnya. setiap buah laici itu dipotong empat.
  • panaskan air di dalam periuk, perlahan-lahan masukkan serbuk jelly tu. kacau sehingga ianya tidak lagi berbuih lebih kurang 5 minit. (kalau guna brand lain, sila ikut arahan pada kotak)
  • apabila sudah masak, masukkan buah laici ke dalam jelly tersebut, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sekurang-kurangnya selama 3 jam.
  • untuk sos custard : di dalam periuk, didihkan susu cair dan susu segar bersama gula.
  • sementara itu, masukkan tepung custard serta telur ke dalam mangkuk dan kacau rata. (jangan bagi ada ketulan)
  • apabila susu mendidih, tutupkan api. ambil 3 senduk susu tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk yang mengandungi tepung custard. kacau dengan cepat guna whisk, jangan bagi ada ketulan.
  • nyalakan api balik. masukkan susu yang bercampur dengan custard ke dalam periuk yang mengandungi susu tadi secara perlahan-lahan dan kacau dengan cepat.
  • apabila sudah mendidih, tutupkan api.
  • sejukkan custard tersebut dan bolehlah dihidangkan dengan jelly tersebut.
  • ni gambar serbuk jelly yg saya guna, brand nona.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago