Puding Coklat & Puding Marble

Teringin nak buat Puding Coklat & Marble lak… Memang selalu buat Puding Agar² ni tapi hari ni nak letak Chocolate Powder

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Coklat & Puding Marble

Teringin nak buat Puding Coklat & Marble lak… Memang selalu buat Puding Agar² ni tapi hari ni nak letak Chocolate Powder

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 1 liter air
  • 25g Agar² (satu peket Agar² kering cap burung Layang²)
  • 1 cawan Gula (boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis)
  • Bahan B:
  • 1 biji telur
  • 1 Tin Susu Ideal
  • 750-850ml air (kalo suka lembut, bole tambahkan air lebih sikit max 1 litre, nanti jadi lembut sangat susah nak kuarkan dari acuan)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2-3 titik esen vanila
  • Bahan C:
  • 4 Sudu Besar Serbuk Koko Van Houten
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci agar² dan masak bersama air. Masak diatas api sederhana. Bila cair agar² masukkan gula. Masak lagi sampai gula cair…
  • Masukkan bahan² B dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
  • Selepas bahan A tadi dan mendidih, kecilkan api dan masukkan Bahan B tadi. Kacau sampai mendidih. Tapi jangan mendidih terlalu lama.. nanti berketul…
  • Asingkan sebahagian dan sebahagian lagi ditambah serbuk koko…
  • Kacau sehingga larut/ sebati
  • Tuang kedalam acuan (Sila tapis supaya tekstur agar² lebih halus). Untuk mendapatkan marble, tuangkan adunan coklat dan apabila agak membeku, tuangkan adunan kuning tadi untuk mendapatkan corak yang berbeza.
  • Lepas agar² mengeras, bolehlahmasukkan dalam peti sejuk

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago