?Puding Choc. Salju™

Kegemaran anak2 dan pd yg gemarkan choc.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Puding Choc. Salju™

Kegemaran anak2 dan pd yg gemarkan choc.

BAHAN-BAHAN

  • 500 ml susu segar
  • 80g-100 g gula halus
  • 25 g mentega
  • 100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko
  • 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu
CARA PENYEDIAAN
  • Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
  • Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.Matikan api.
  • Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.Simpan di dlm peti sejuk.Sedap disajikan sejuk.
  • **Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
  • ***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong….tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar…masa menghidang,kenalah cedok dgn sendok…. :)
  • ***klau menggunakan serbuk koko,lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil…puding dalam gambar adalah contoh yg menggunakan serbuk koko…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago