Puding Cheese Oreo

Resepi Asal : Along Roz Home Kreation Blogspot. Tapi saya Ubah mengikut citarasa sendiri sebab saya guna agar2 tali

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Cheese Oreo

Resepi Asal : Along Roz Home Kreation Blogspot. Tapi saya Ubah mengikut citarasa sendiri sebab saya guna agar2 tali

BAHAN-BAHAN

  • 1 Bungkus agar2 tali (20gm)
  • 6 Cawan Air
  • 1 Cawan Gula Pasir (boleh kurangkan jika tak suka manis)
  • 1/2 Tin Susu Pekat Manis (boleh Kurangkan jika tak suka manis)
  • 3 Biji Telur Ayam (2 pun boleh kot)
  • 1 Bungkus (180gm) Biskut Cheese Crakers ( Saya guna cap ping pong. Julie’s pun boleh gak. Tapi make sure yang tak de krim kat tengah)
  • 2 Sudu Butter/Margerin
  • 1 Tin Susu Cair (400ml/gm)
  • Sedikit Esen Vanilla
  • Sedikit Biskut Oreo , Buangkan krim ditengahnya. (optional)
  • 1 Sudu besar tepung kastard
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar2 sehingga hancur, masukkan gula.
  • Masukkan biskut, susu cair, susu pekat , tepung kastard dan telur kedalam blander. Blend sehingga halus & hancur biskut tu. Kalau banyak sangat, masukkan biskut sedikit demi sedikit
  • Kemudian masukkan adunan biskut yg diblander itu kedlm periuk agar2 yg sedang dimasak. gaul selalu, elakkan berketul, guna ballon whisk lagi baik.
  • Masukkan esen vanilla, dan 2 sudu butter, sentiasa kacau sebelum mendidih, tutup api. Adunan ini agak pekat, oleh itu perlu cepat melapis. Warnakan jika perlu, kalau tak, warna asal pun memadai.
  • Susun biskut oreo semasa melapis puding , ulang sehingga selesai. Untuk adunan saya ni, saya guna biskut oreo 8 keping je.
  • Sejukkan sebelum dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago