aneka puding

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Cendol Indonesia

aneka puding

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
    300ml air
    60gm gula kastor
    8gm (1/2 sudu besar) serbuk agar-agar
  • Bahan B
    Sedikit perwarna merah, kuning, ungu
  • Bahan C
    100gm cincau (potong dadu)
    100gm cendol
    80gm sago berwarna merah (masak dgn air yg banyak, toskan)
  • Bahan D
  • 1200ml santan cair atau (400ml santan pekat + 800ml air)
  • 20gm (2 sudu besar) serbuk agar-agar
  • 300gm gula
  • 1/8 sdt garam
  • Bahan E (campurkan)
    100ml air, 80gm tepung kacang hijau
  • Jika suka lebih bersantan, kurangkan air dan tambahkan sukatan santannya
CARA PENYEDIAAN
  • Masakkan bahan A sehingga serbuk agar-agar larut. Bahagikan kpd 3 bahagian, masukkan perwarna di setiap bahagian yg berasingan drp bahan B. Seteleh agar2 beku, potong dadu. Ketepikan.
  • Masakkan bahan D sehingga serbuk agar-agar larut. Masukkan bahan E. Masak sekejap sehingga mendidih, alihkan daripada api. Bahagikan kpd tiga bahagian. Satu bahagian diletakan cincau dan jeli merah yg dipotong dadu. Bahagian kedua tambahkan cendol dan jeli ungu yg dipotong dadu. Bahagian ketiga masukkan sago merah dan jeli kuning yg dipotong dadu.
  • Tuangkan no. (2) selapis demi selapis ke dalam acuan. Biarkan setiap lapisan pejal dahulu sebelum masukkan lapisan yg seterusnya.
  • Dalam gambar kakwan menggunakan loyang 8″ jadi lapisannya agak tebal sedikit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN