Puding Bubble Berkuah Sejuk

Dessert yg sesuai utk yg bercitarasa tinggi.. coz ada lapis berbeza tekstur..tp senang nk buat . Makan sejuk2.. Kegemaran adik – McT

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Bubble Berkuah Sejuk

Dessert yg sesuai utk yg bercitarasa tinggi.. coz ada lapis berbeza tekstur..tp senang nk buat . Makan sejuk2.. Kegemaran adik – McT

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN2 UNTUK PUDING
  • 35 gram agar-agar (biasanya kat plastic agar2 ada tulis berapa gram)
  • 6 biji telur (putih shj, kuning guna utk kuah)
  • 1 1/2 cawan gula
  • 6 gelas air
  • 1 sudu kecil pewarna merah (ubah ikut citarasa)
  • 2 sudu perisa pandan (kalau tak nak pun tak pe)
  • BAHAN2 UNTUK KUAH
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula
  • 6 biji telur (kuning shj, putih guna utk puding di atas)
  • 5 sudu besar tepung jagung (ubah ikut kesesuian)
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • HIASAN
  • Buah-buahan koktail
  • Buah-buahan segar, dipotong kecil
  • Laici
CARA PENYEDIAAN
  • CARA-CARA UNTUK PUDING BUBBLE. Dalam periuk, masukkan air, gula dan agar2. Masak sampai agar2 hancur dan sejukkan untuk sementara waktu.
  • Sementara tunggu agar2 kurang panas, pukul telur putih sehingga kembang. Seeloknya guna pemutar mixer tu. Yg ni yg akan jadi bubble (buih) tu. (tips: utk tahu telur dah kembang sepenuhnya, cuba telengkupkan bekas yg mengandungi telur putih putar tadi dan telur itu TIDAK jatuh)
  • Masukkan (1) ke dalam (2) dan putarkan seketika bersama-sama perisa dan pewarna merah. Kemudian, tuangkan di dalam talam. Bubble akan timbul di bahagian atas, dan agar2 di bahagian bawah kerana ketumpatan berbeza. seeloknya, 50% bubble, 50% agar2. kalau banyak sgt bubble nnt tak rasa agar2. ketepikan sehingga kurang panas. Dan boleh lah masukkan ke dalam peti sejuk.
  • CARA-CARA UNTUK BUAT KUAH PUDING. Didalam periuk, masakkan air, susu pekat dan gula.
  • Di dalam mangkuk, kacau2 kuning telur. Bila bahan step 4 menggelegak, ambil beberapa senduk air gelegak dan masukkan ke dalam mangkuk telur dan kacau perlahan2. (supaya telur masak dengan perlahan2, dan tidak jadi macam scramble egg).
  • Kemudian, masukkan kembali bahan2 step 5 ke dalam periuk step 4. Campurkan pewarna kuning dan tepung jagung (dibancuh air terlebih dahulu). dah siap, boleh sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk
  • Bila dah nak makan nanti, lagi best kalau puding bubble dan kuah dah sejuk. Potong puding, siram dengan kuah dan hiaskan dengan buah-buahan. Ready to eat!! yummy!!
  • (step 3: boleh asingkan jadi 3 acuan, warna beza2.. contoh; hijau, merah, oren. Budak2 suka kalau ada warna warni dalam mangkuk diorang). Cara2 menikmati hidangan ni. kunyah slow2 supaya boleh nikmati bubble.. makan dlm keadaan tenang, santai, ditiup angin sepoi- sepoi….nikmatnya

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago