Puding Buah Sos Oren

Bgaimana cara nak masak Puding Buah Sos Oren?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Buah Sos Oren

Bgaimana cara nak masak Puding Buah Sos Oren?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 paket serbuk agar-agar (10 g)
  • 1 liter air
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 1 tin buah-buahan koktel (Diasingkan air)
  • Bahan B (Sos oren)
  • 3 cawan yogurt perasa oren
  • 1 kotak jus oren (1 liter)
CARA PENYEDIAAN
  1. Masakkan serbuk agar-agar, air, dan gula kastor sehingga mendidih.
  2. Bancuhkan tepung jagung dan susu cair dengan air buah koktel.
  3. Masukkan bancuhan tadi ke dalam agar-agar yang sudah mendidih.
    Kacau rata sehingga nampak agak pekat.
  4. Susun buah koktel ke dalam acuan.
  5. Tuangkan bancuhan agar-agar ke dalam acuan yang mengandungi
    buah koktel tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  6. Bagi membuat sos oren, campurkan semua bahan B ke dalam
    mangkuk besar. Gaul rata.
  7. Keluarkan puding yang sudah beku dan sejuk kemudian masukkan
    ke dalam campuran sos. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago