Puding Buah Jelly Kristal

Siap dalam 30 minit… boleh dimakan begitu sahaja @ dihidangkan bersama susu rendah lemak + ais.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Buah Jelly Kristal

Siap dalam 30 minit… boleh dimakan begitu sahaja @ dihidangkan bersama susu rendah lemak + ais.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 1 biji kek gulung @
  • 1 kotak Swiss Roll (sebarang perisa)
  • Bahan B
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • * sukatan mesti menggunakan cawan yg sama
  • Bahan C
  • 1 tin buah Peach
  • 1 tin buah Laici
  • 1 biji buah Naga
  • Bahan D
  • 1 kotak Jelly Kristal (Nona) * sebarang perisa
CARA PENYEDIAAN
  • Potong bahan A iaitu kek gulung lebih kurang 1 inci. Kemudian susun di dalam dulang.
  • Kemudian, campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga likat dan berkilat. Seterusnya angkat dan tuang ke dalam dulang yg berisi kek gulung tadi.
  • Seterusnya, susun bahan C iaitu buah-buahan tadi di atas tepung kastard yg telah sejuk mengikut citarasa.
  • Akhir sekali, masak bahan D iaitu Jelly Kristal Nona mengikut arahan di belakang kotak dan tuang di atas buah-buahan yg telah disusun perlahan-lahan.
  • Tunggu Jelly Kristal Nona sejuk, dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya tahan lama..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago