Puding Biskut

Sangat mudah dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Biskut

Sangat mudah dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 15 keping biskut Cream Crackers
  • 6 bji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin air (guna sukatan tin susu)
  • 10 sudu gula (untuk ‘topping’ karamel)
  • Buah-buahan campuran (untuk hiasan)
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula pukul telur bersama gula sampai kembang.
  • Bila dah kembang, rehatkan sebentar dan kisarkan biskut hingga hancur.
  • Ambil 10 sudu gula tadi dan masak dalam kuali hingga kekuningan, bila dah kekuningan, masukkan dalam loyang bulat dan ratakan dengan menggoyangkan loyang tersebut (ala buat gula perang la…) Biarkan ia sejuk seketika.
  • Lepas itu masukkan susu cair dan air diikuti dengan biskut tadi ke dalam telur dan gaul rata.
  • Lepas itu, tuang adunan ke dalam loyang yang kita dah tuang karamel tadi. Jadi, akan ada 2 lapisan, karamel dan adunan tadi.
  • Kukus selama 35 minit (jika nak tau dah masak atau belum, cucuk puding guna lidi dan jika lidi bersih, dah masak la tu).
  • Boleh dihias dengan menaburkan buah-buahan campuran.
  • PERHATIAN:- Semasa terbalikkan puding tadi, pastikan guna bekas yang rata, seperti alas kek kerana puding ni agak lembut, hati-hati tau. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama 20 minit (sesuai dihidang ketika sejuk).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago