Puding Berkuah

Resipi daripada kawan sepejabat lama.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Berkuah

Resipi daripada kawan sepejabat lama.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung kastad
  • 6 cawan air
  • Bahan Kuah:
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin gula (guna tin susu cair)
  • 2-3 tin air (ikut suka, jika mahu pekat kurangkan air)
  • 2-3 sudu besar tepung kastad (kalau mahu cair tak perlu letak)
  • Sebiji telur (pukul dan tapis)
  • Kacang tanah – digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sederhana halus
  • 1 tin buah-buahan campur/koktel – hiasan
  • Sehelai daun pandan/esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Puding:
  • Campurkan tepung kastad dan air ke dalam periuk dan dikacau rata. Letakkan di atas api kecil sambil dikacau perlahan sehingga pekat dan berkilat. Kalau sudah gelembung-gelembung masaklah maknanya. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan/loyang.
  • Kuah:
  • Di dalam bekas sama(jimat bekas) satukan gula, air dan susu cair di atas api yang sederhana besar sambil dikacau rata sehingga gula larut/mendidih.
  • Masukkan daun pandan/esen vanila dan telur serta tepung kastad yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata. Bila sudah mendidih, matikan api. Biarkan sejuk barulah diletakkan di dalam peti sejuk.
  • Sebelum dihidangkan, potong kecil-kecil/keluarkan puding dari acuan dan tuangkan kuah bersama buah-buahan campur. Taburkan dengan kacang yang ditumbuk tadi.
  • Pasti menyelerakan!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago