sedap makan masa berbuka puasa..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Berkuah Kastard
sedap makan masa berbuka puasa..
BAHAN-BAHAN
- Bahan Membuat Kastard
- 1 cawan tepung kastard
- 1/2 sudu kecil garam
- 5 cawan air
- 1 sudu besar susu pekat
- Bahan Kuah kastard
- 1 tin susu cair IDEAL
- 4 senduk gula
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 tin air
- Buah-buah tin, nata d coco, nenas tin
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan 1 cawan tepung kastard ke dalam periuk yang besar. Masukkan 5 cawan air. Kacau dulu supaya tepung & air sebati.
- Hidupkan api sederhana besar. Masukkan 1 sudu kecil garam & 1 sudu besar susu pekat.
- Kacau sentiasa supaya tepung tidak bergentel & masak rata. Matikan api bila kastard telah masak.
- Angkat & tuang ke dalam bekas acuan & loyang. Kemudian sejukkan. Masukkan ke dalam pei sejuk.
- Untuk kuah. Masukkan semua bahan ke dalam periuk & renihkan kuah sehingga mendidih. Matikan api dan sejukkan.
- Masa nak makan letakkan puding kastard, tuangkan kuah puding & letakkan beberapa ketul ais. Letakkan juga buah-buahan tin, nata d coco & nenas tin.
- Sedia untuk dihidang.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.