Pudding Tart

Bahan-bahan resepi ni untuk bekas tart 21cm. Kalau nak guna bekas muffin kecik-kecik ni, gandakan adunan untuk kulit tart.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pudding Tart

Bahan-bahan resepi ni untuk bekas tart 21cm. Kalau nak guna bekas muffin kecik-kecik ni, gandakan adunan untuk kulit tart.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit Tart:
  • 90g mentega
  • 50g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 20g serbuk koko
  • 140g tepung gandum (ayak sekali dengan serbuk koko)
  • Bahan Untuk Puding:
  • 3 biji telur (dipukul hancur)
  • 150ml susu segar
  • 150ml krim segar atau krim putar
  • 20g gula (kalau guna susu segar yang manis, kurangkan gula)
  • Sedikit esen vanilla
  • NOTA: Kalou nak buat kulit tart tanpa serbuk koko, tepung gandum tu jadi 150g
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk kulit tart: Pukul mentega dengan gula sampai kembang, masukkan telur. Pukul lagi. Kemudian masukkn bahan diayak dan gaul sampai rata.
  • Bahan (langkah 1) dijadikan doh. Balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 15 minit.
  • Sementara itu, sapukan bekas dengan mentega, kemudian taburkn sedikit tepung. Letak dalam peti ais.
  • Keluarkan doh. Cerai-ceraikan doh. Kemudian uli dengan tangan sampai jadi doh balik.
  • Canaikan doh. Tekap dengan pemotong ikut saiz bekas muffin. Kalau guna bekas tart, canai ikut saiz bekas dan potong bahagian yang berlebihan.
  • Tekan pada bekas muffin dan buat lubang pada tengah-tengah bekas (guna garfu). Masukkan dalam peti ais selama 1 jam. Selepas 1 jam, keluarkn dan bakar pada suhu 200C selama 10 minit.
  • Buat puding: Panaskan susu dan gula dalam periuk. Jangan sampai mendidih. Masukkan dalam mangkuk.
  • Masukkan susu segar, telur yang telah dipukul dan esen. Kacau sampai rata.
  • Sudukan puding dalam kulit tart yang siap dibakar tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
  • Keluarkan dari oven. Taburkn sedikit gula halus atas tart tadi. Bakar lagi selama 10~15 minit.
  • NOTA: Gula yang ditabur tu untuk bagi ada warna kecoklatan kat atas tart.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago