Pucuk Ubi Tumbuk Cik Umi

Kegemaranku sejak kecik…air tangan ibu la katakan :)…tp hr ni terpaksa buat sendiri sbb teringin bila tgk pucuk ubi Rahel :))

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pucuk Ubi Tumbuk Cik Umi

Kegemaranku sejak kecik…air tangan ibu la katakan :)…tp hr ni terpaksa buat sendiri sbb teringin bila tgk pucuk ubi Rahel :))

BAHAN-BAHAN

  • 2 ikat pucuk ubi (petik daun yg muda sahaja)
  • RM2 (sepiring) terung berembang/belanda
  • 2 kuntum bunga kantan (sepatutnya menggunakan umbut pokok kantan)
  • 300g santan pekat atau dari sebiji kelapa
  • 5 biji bawang merah
  • 10 biji cili padi (ikut selera)
  • Segenggam ikan bilis
  • Sebatang serai (di titik)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Pucuk ubi & terung berembang/belanda di tumbuk kasar. Kemudian di rebus hingga bertukar menjadi warna kuning
  • Masukkan bunga kantan yg di hiris halus
  • Tumbuk bawang + cili + ikan bilis kemudian masukkan ke dalam periuk pucuk ubi tadi bersama2 santan, serai & serbuk kunyit.
  • Akhir sekali sesuaikan rasa garam & gula.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago