Pretzel Lembut

Resipi guna mesin pembuat roti. Roti pretzel kosong yang lembut dan tidak keras walaupun dah sejuk. Resipi ni juga atas permintaan Lily lama dulu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pretzel Lembut

Resipi guna mesin pembuat roti. Roti pretzel kosong yang lembut dan tidak keras walaupun dah sejuk. Resipi ni juga atas permintaan Lily lama dulu.

BAHAN-BAHAN

  • Doh:-
  • 1¼ cawan air
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/8 sudu kecil lada sulah
  • 3½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)
  • 1 sudu besar yis segera
  • Sapuan:
  • ½ biji putih telur campur ½ sudu besar air
  • Hiasan: sedikit bijan (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan doh ke dalam mesin, ikut arahan mesin masing-masing untuk buat doh.
  • Bila doh siap diuli, buat bentuk bola besar dan biarkan ia rehat dalam bekas tertutup, hingga naik sekali ganda dari saiz asal (dohnya lembik sedikit jadi sapu sedikit tepung pada tangan untuk membentuk bola).
  • Bila saiz doh sudah naik sekali ganda, bawa keluar dari bekas dan letak atas papan/alas yang ditabur sedikit tepung. Bahagikan kepada 8 (atau 16 jika inginkan saiz pretzel yang lebih kecil). Gentel setiap satu bahagian membentuk seperti tali berukuran dalam 60cm panjang (kalau 16 bahagian, panjangnya dalam 40cm). Gentel setiap satu dan biar ia rehat seketika (supaya tidak meregang lagi).
  • Ikat setiap satu dengan ikatan pretzel yang longgar sedikit. Letak atas dulang pembakar, jarakkan dalam 4cm, sapukan dengan campuran putih telur dan air, serta taburkan bijan (jika mahu). Biarkan ia naik lagi, dalam 30 minit.
  • Bakar dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu), suhu dalam 180°C, selama 15-20 minit. Selepas siap bakar, sapukan atasnya dengan sedikit mentega supaya kelihatan berkilat (jika suka).
  • Cadangan hidangan: Ini adalah resipi pretzel kosong yang saya dapat dari internet. Memang lembut dan amat sedap jika makan bersama keju dan kopi O/teh O panas. Kalau simpan keesokannya pun (dalam bekas tertutup) ia masih lembut. Kami satu keluarga suka makan sewaktu minum petang masa cuti/hujung minggu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago