Popiah Goreng (Ayam Kentang)

Resepi ni ringkas dan senang. Seem husband saya mat saleh so saya tak letak macam2 bahan,nnt husband x makan hihihi bahan penting sahaje

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Popiah Goreng (Ayam Kentang)

Resepi ni ringkas dan senang. Seem husband saya mat saleh so saya tak letak macam2 bahan,nnt husband x makan hihihi bahan penting sahaje

BAHAN-BAHAN

  • Inti Popiah (Ayam Kentang)
  • **3 gengam penuh isi ayam cincang
  • **3 Biji Kentang (potong dadu dan rebus)
  • **Setengah sudu teh Jintan Manis
  • **Setengah sudu teh Jintan Putih
  • **3 sudu teh penuh serbuk kari
  • **10 ulas bawang putih
  • **3 sudu besar Minyak masak
  • **Serbuk perasa dan garam secukup rasa
  • Bahan untuk kulit Popiah
    *20-25 keping Kulit Popiah
    *Sebiji telur (pukul)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak,masukkan bawang putih,goreng hingga agak2 kuning
  • Masukkan ayam,masak hingga putih selepas tu masukkan jintan manis dan jintan putih,gaul hingga sebati
  • Setelah sebati,masukkan serbuk kari dan gaul hingga rata
  • Selepas gaul rata ayam dan serbuk kari,masukkan kentang dadu yang telah direbus tadi.Masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa dan gaul hingga minyak agak2 kering.
  • Dah siap angkat ayam dan kentang tadi ke pingan yg lebar supaya cepat sejuk.
  • Masa untuk masukkan inti ayam dan kentang tadi ke Kulit popiah dan gulungkan ikut kreativiti masing2 ;-) Jangan lupa setiap kali lipatan yg terakhir mesti di salut sedikit telur untuk dijadi seperti gam ;-D
  • Setelah siap keje mengulung atau melipat kulit popiah tadi,masa untuk mengoreng!! Yeppii….Panaskan minyak dan goreng hingga popiah tadi menjadi kuning emas,Ingat!! jangan goreng sampai hanggus pula hehehe Selamat Mencuba
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago