Popiah basah ( versi kat jepun)

Resepi asal dari bonda tersayang, tetapi telah di modified oleh rakan2 spt shah halim dan zanaz. sesuai utk di makan waktu berbuka puasa

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Popiah basah ( versi kat jepun)

Resepi asal dari bonda tersayang, tetapi telah di modified oleh rakan2 spt shah halim dan zanaz. sesuai utk di makan waktu berbuka puasa

BAHAN-BAHAN

  • kulit popiah
  • 1cawan tepung gandum
  • sedikit air garam
  • putih telur (optional)
  • untuk inti ;
  • daikon ( slice memanjang)
  • karot ( slice memanjang)
  • taugeh,
    kacang panjang ( potong kecil2)
  • kacang tanah goreng ( tumbuk halus), bawang goreng, tauhu goreng ( potong dadu) telur dadar ( potong dadu)
  • bahan untuk sos:
  • 1 sb cili blender
  • 1 -2 biji buah prune ( atau kurma)
  • sos tomato, sos cili, garam dan gula
  • cuka ( jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • kulit popiah

    satukan tepung dan air garam dan putih telur hingga sebati. ( agak -agak seperti hendak membuat cucur.)

    panaskan non stick pan , perlahan kan api.

    sapukan doh atas pan senipis yang boleh dengan cepat.

    angkat dan buatkan untuk kepingan seterusnya.

  • Untuk sos ;

    panaskan sedikit minyak, tumis sedikit bawang, masukkan cili blender, prune, sos tomato, sos cili, garam dan gula…rasa ..kalau Ok ..didihkan dan angkat.

  • Untuk inti .

    Setelah sos siap, boleh guna periuk sos dgn saki baki sos ya ada. Masukkan daikon, karot, dan taugeh.. boleh tambah sikit sos yg telah siap jika suka.

  • Untuk membalut popiah .

    Letakkan kulit yg telah siap, sapukan sos, taburkan kacang, tauhu, bawang goreng( jika suka) , telur dan inti.

  • Gulungkan seperti kuih gulung …siap untuk di makan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago