Popia Goreng Telur

Resepi ini saya pelajari dari emak angkat saya yang tinggal di Kluang, Johor

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Popia Goreng Telur

Resepi ini saya pelajari dari emak angkat saya yang tinggal di Kluang, Johor

BAHAN-BAHAN

  • 20 keping kulit popia (ikut suka kalau nak buat banyak)
  • Bawang merah besar – saya potong 2 lepas tu hiris nipis-nipis, ramas (ikut suka)
  • Cili merah basah dihiris (ikut suka)
  • Telur 5 biji (ikut suka)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Bawang, cili dan telur dicampurkan macam kita buat telur dadar
  • Tambah garam secukup rasa
  • Letak kulit popia dalam pinggan, ambil sesudu besar telur yang telah dikacau letak di atas kulit popia.
  • Gulung kulit popia kemas-kemas dan calit sedikit bancuhan telur untuk mengemas gulungan.
  • Goreng dalam kuali yang minyaknya telah dipanaskan. Hidangkan segera kerana rasanya lebih sedap sewaktu masih panas tapi tuan/puan janganlah lupa sejukkan sebentar.
  • Makan begitu sahaja pun enak atau dimakan dengan sos. Kalau suami saya siap dengan mayonis sekali.
    Cuba jangan tak cuba.
  • Sebenarnya resepi ini mengikut citarasa tuan/puan sendiri untuk menambah bahan-bahannya. Lebih popia lagi ramailah yang boleh sama-sama makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago