resepi ilham sendiri (main campur2 je) ^_~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Pizza Telur Bistik

resepi ilham sendiri (main campur2 je) ^_~

BAHAN-BAHAN

  • ??3 biji telur ayam
  • ??1/4 cawan daging ayam dicincang
  • ??3 ulas bawang putih ditumbuk
  • ??1cm halia ditumbuk
  • ??1 sudu besar sos tiram
  • ??1 sudu besar lada sulah
  • ??sedikit lobak merah didadu
  • ??sedikit kobis dihiris halus
  • ??1/2 sudu kecil garam
  • ??shredded cheese, nenas potong dadu 0.5cmX0.5cm, timun potong dadu 0.5cmX0.5cm sekucupnya
  • Bahan Sos Bistik:
  • ??sedikit nenas, timun dan lobak merah dipotong dadu 1cmX1cm
  • ??2 ulas bawang putih dicincang
  • ??3 ulas bawang merah dimayang
  • ??1 sudu besar cili kisar (ikut pedas masing2)
  • ??1/2 sudu besar sos tiram
  • ?? 2 sudu besar sos cili
  • ?? 2 sudu besar sos tomato
  • ?? sedikit belacan
  • ?? garam dan gula secukup rasa
  • ?? air jika perlu
CARA PENYEDIAAN
  • tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk sehingga wangi. masukkan sos tiram dan lada sulah hingga terbit bau.
  • masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. masukkan pula garam, lobak merah dan kobis. gaul sebentar 1-2 minit. tutup api dapur.
  • masukkan telur dan gaul sebati. tuangkan di atas loyang yang telah digris. masukkan loyang dalam oven dan bakar sehingga separuh masak.
  • taburkan timun, diikuti nenas dan kemudiannya shredded cheese di atas telur dan masak sehingga telur masak dan cheese sedikit garing.
  • SOS BISTIK:
    tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi. masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing. masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan belacan. gaul sebentar. masukkan nenas, timun dan lobak merah. gaul rata sehingga kuah pekat. tambah air jika perlu.
  • tuangkan sos bistik ke atas pizza telur semasa masih panas…..
    SELAMAT MENCUBA ^_~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN