pizza segera

sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

pizza segera

sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji buah tomato – blender jgn terlalu halus
  • 3 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 biji bawang besar kuning – didadu
  • 1 sudu besar tomato paste – jenama Diga
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu rempah pizza – basil, oregano, tyme
  • 2 sudu makan gula
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam kisar
  • mentega cair/minyak zaitun/minyak jagung – untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan bawang besar.
  • Apabila bawang besar layu, masukkan semua bahan-bahan yang lain. (Tomato kalau nak sedap, beli tomato dalam tin yang telah dikupas yang diimport dari Itali kerana buah tomato mereka berasa manis berbanding tomato tempatan)
  • Apabila sos pekat, tutup api dan biarkan sejuk. Bila sejuk, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. (Pastikan setiap kali guna, gunalah sudu yang bersih supaya sos tahan lama)
  • Okay, ini part yang paling seronok. Bila nak makan, boleh guna roti potong atau roti pita, letakkan sesudu sos piza, taburkan apa saja bahan yang disukai, dan akhir sekali taburkan keju mozarella. Bakar pada suhu 220 C selama 8 – 10 minit.
  • Kalau nak guna isi ayam untuk diletakkan atas piza, masakkan sdikit isi ayam itu dengan ditaburkan garam dan lada sulah. Baru boleh diletakkan atas piza. Ayam boleh digantikan dengan sotong, atau udang. Mesti dimasak sedikit dulu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago