sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
pizza segera
sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja
BAHAN-BAHAN
- 3 biji buah tomato – blender jgn terlalu halus
- 3 ulas bawang putih – cincang halus
- 1 biji bawang besar kuning – didadu
- 1 sudu besar tomato paste – jenama Diga
- 2 helai daun bay
- 1 sudu rempah pizza – basil, oregano, tyme
- 2 sudu makan gula
- garam secukup rasa
- 1 sudu kecil lada hitam kisar
- mentega cair/minyak zaitun/minyak jagung – untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan bawang besar.
- Apabila bawang besar layu, masukkan semua bahan-bahan yang lain. (Tomato kalau nak sedap, beli tomato dalam tin yang telah dikupas yang diimport dari Itali kerana buah tomato mereka berasa manis berbanding tomato tempatan)
- Apabila sos pekat, tutup api dan biarkan sejuk. Bila sejuk, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. (Pastikan setiap kali guna, gunalah sudu yang bersih supaya sos tahan lama)
- Okay, ini part yang paling seronok. Bila nak makan, boleh guna roti potong atau roti pita, letakkan sesudu sos piza, taburkan apa saja bahan yang disukai, dan akhir sekali taburkan keju mozarella. Bakar pada suhu 220 C selama 8 – 10 minit.
- Kalau nak guna isi ayam untuk diletakkan atas piza, masakkan sdikit isi ayam itu dengan ditaburkan garam dan lada sulah. Baru boleh diletakkan atas piza. Ayam boleh digantikan dengan sotong, atau udang. Mesti dimasak sedikit dulu.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.