Pizza Ayam

Hiasan atas boleh mengikut citarasa masing-masing..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pizza Ayam

Hiasan atas boleh mengikut citarasa masing-masing..

BAHAN-BAHAN

  • 200 gm tepung roti @ tepung gandum biasa
  • 1 sudu gula
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu mentega
  • 1 sudu susu tepung
  • Bahan-bahan untuk hiasan atas (topping):
  • ** 2 keping dada ayam
  • ** 2 ulas bawang putih
  • ** serbuk lada sulah
  • ** mayonis
  • ** sos cili dan sos tomato
  • ** keju
  • ** sayur campur ( boleh juga diganti dengan cendawan butang dan nenas)
  • ** lada sulah
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan-bahan untuk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biarkan selama 45- 60 minit. Tutup doh tersebut dengan kain yang lembab.
  • Canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garpu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
  • Untuk hiasan atas: Bawang putih dicincang. Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. Goreng sehingga kekuningan. Kemudian masukkan isi ayam yang telah dicincang. Goreng sehingga masak. Masukkan garam dan serbuk lada sulah.
  • Sapu kulit piza dengan mayonis. Kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato. Ratakan sos keseluruh bahagian. Tabur ayam yang digoreng tadi di atas kulit piza dan juga sayur campur. Taburkan keju mengikut citarasa masing-masing..
  • Masukkan piza ke dalam ketuhar sekali lagi, bakar pada suhu 200 darjah kira-kira 2~8 minit.. enak dimakan panas-panas!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago