Pisang Masak Lemak Cili Padi

Ubah selera kampung pula.. sedap, cubalah!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pisang Masak Lemak Cili Padi

Ubah selera kampung pula.. sedap, cubalah!

BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas pisang muda dipotong 2 dan dipotong kecil
  • 2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • 2 ulas bawang merah dibelah 4
  • 1 biji telur (tak letak pun takpe tapi saya letak)
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit suun
  • Sedikit fucuk
  • Sedikit ikan bilis
  • Bahan untuk dikisar bersama:
  • 7 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit garam dan serbuk perisa
  • 1 tangkai serai diketuk
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan santan , serai, bahan yang dikisar dan ikan bilis. Masak di atas api yang sederhana, kacau jangan sampai pecah minyak.
  • Suun dan fucuk hendaklah direndam sehingga lembut.
  • Kemudian masukkan pisang dan bawang merah, kacau dalam 3 minit. Selepas itu bolehlah letak suun dan fucuk.
  • Akhir sekali, masukkan telur dan asam keping serta sedikit garam. Kacau sehingga masak. Siap untuk disantap.
  • Sesiapa yang ada daun kunyit boleh letak dan sehiris kecil lengkuas.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago