Sesuai dimakan bila2 masa dan sesuai utk jamuan keramaian… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Pie Roti Daging™

Sesuai dimakan bila2 masa dan sesuai utk jamuan keramaian… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus roti putih (400g)-disiat2
  • 4 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu segar/sejat
  • sedikit pewarna kuning
  • secukup keju mozarella – diparut
  • INTI DAGING :- 1/2 kilo daging cincang
  • 1 cawan sayur campur (lebihkan jika suka)
  • 1 sb penuh rempah korma/beriani/kari
  • 3 labu bawang besar – didadu
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 2 hiris halia – tumbuk halus
  • 10 tangkai lada kering – dikisar halus
  • minyak utk menumis dan garam secukup rasa.
  • Untuk hiasan:-
  • hirisan daun sup dan daun bawang
  • hirisan lada merah
  • bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan inti…Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk dan masukkan lada kisar,bawang besar masak hingga wangi dan masukkan rempah,masukkan juga daging,kacau rata dan masak hingga daging empuk.Masukkan sayur campur dan juga secukup garam.Masak hingga kering.Campur sedikit daun sup dan daun bawang dan gaul rata.Sejukkan.
  • Roti yg disiat2 di campurkan dgn air dan susu,kacau rata.Masukkan telur,garam vanilla dan pewarna dan pukul/gaul hingga sebati dan tidak berair.
  • Cara Menyediakan Pie :-
  • Sapukan minyak/mentega ke dalam acuan pie atau dialas dgn cawan kertas dan isikan dgn sedikit adunan roti,ratakan dan bubuh inti daging di tengahnya dan tutup lagi dengan adunan roti.
  • Hiaskan dengan bahan hiasan dan taburkan dengan keju parut.
  • Bakar hingga pie masak pd suhu 170C selama 20-25 min atau bergantung kepanasan oven masing2.
  • Sedap dimakan hangat2 bersama cili sos jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN