Perencah Sup/Soup paste

Boleh digunakan diwaktu kecemasan bila tak sempat nak beli sup bunjut. Boleh digunakan untuk sup ayam atau daging.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Perencah Sup/Soup paste

Boleh digunakan diwaktu kecemasan bila tak sempat nak beli sup bunjut. Boleh digunakan untuk sup ayam atau daging.

BAHAN-BAHAN

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • ¾ sudu kecil lada hitam
  • ¾ sudu kecil bunga cengkih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan dalam penapis teh.
  • Kulit kayu manis diketuk2 terlebih dahulu untuk memudahkan mengisar.
  • Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong. Basuh semua bahan.
  • Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar), masukkan air kemudian kisar hingga halus. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
  • Masukkan dalam sup anda mengikut anggaran dalam 1 atau dua sudu mengikut keperluan. Boleh masukkan secubit kas kas sedikit dalam sup anda untuk menyedapkan sup.
  • Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago