Mudah, sedap dan mesti cepat licin kalau makan ramai2…….tambah lagi?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Peppery Butter Squid

Mudah, sedap dan mesti cepat licin kalau makan ramai2…….tambah lagi?

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:-
  • 500 g sotong sederhana besar
  • 1/4 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • Bahan B:-
  • 3 camca besar tepung gandum
  • 3 camca besar tepung beras
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • Bahan2 lain:-
  • 2 camca besar mentega (gunakan butter yg bermutu)
  • 1 camca teh minyak masak
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 batang leek, dihiris halus
  • 1 camca teh gula
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk kasar
  • Hirisan daun bawang dan belahan limau kasturi utk hiasan
  • 1 biji telur gred B, atau gunakan 1/3 bahagian telur gred A.
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan sotong, asingkan kepala dan badan. Buang mulut sotong dan mata. Potong badan sotong besar2. Cuci kedua2nya dan toskan. Kemudian gaul kan dgn bahan A dan perap 10 minit.
  • Gaul semua bahan B dalam satu bekas hingga sebati. Ketepikan. Pecah kan telur dan pukul sedikit dgn garfu, tuang ke dalam sotong dan gaul hingga rata. Kemudian salut setiap bahagian potongan sotong tadi dgn bancuhan bahan B. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali utk goreng terendam (lebih kurang 1 liter). Bila minyak panas, goreng sotong tadi sedikit demi sedikit (500 g sotong buat 4 kali goreng) hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak dalam kuali. Masukkan mentega dan 1 camca teh minyak. Bila mentega cair, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan hirisan leek, gula, garam dan lada hitam yg ditumbuk kasar. Gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul hingga mesra. Biar 1 – 2 minit dan boleh diangkat. Hias dgn hirisan daun bawang dan limau kasturi sebelum dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN