Project Description

Bagaimana cara nak masak Pengat Sukun?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pengat Sukun

Bagaimana cara nak masak Pengat Sukun?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 biji sukun (500 gram) 
  • 2 sudu makan sagu mata ikan (Dibasuh dan tuskan) 
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan santan pekat
  • Bahan B (Air gula)
  • ½ cawan gula pasir 
  • 1 sudu makan gula merah 
  • 1 cawan air 
  • 3 helai daun pandan 
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
    1. Sukun dibuangkan kulit dan dipotong dadu besar. 
    2. Bagi membuat air gula, masakkan bahan B sehingga mendidih. Tapiskan. 
    3. Masukkan sukun dan air ke dalam periuk. Masakkan sehingga lembut. 
    4. Masukkan sagu mata ikan dan kacau sehingga masak (jernih). 
    5. Masukkan air gula dan santan. Kacau rata sehingga mendidih sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak. 
    6. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.