Pecel Ikan Cencaru

Masakan Jawa. Resepi turun temurun dr Ibu saya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pecel Ikan Cencaru

Masakan Jawa. Resepi turun temurun dr Ibu saya.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo Ikan Cencaru
  • 5 bawang merah kecil (digoreng)
  • 3 biji bawang putih
  • 200 grams akar cekur (kencur)
  • 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
  • 50 grams cili padi
  • 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
  • Santan pekat sahaja dr 2 biji kelapa
  • garam dan serbuk perisa secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan Cencaru hendaklah di bakar dahulu kemudian di ambil isinya sahaja.
  • Bahan-bahan berikut adalah untuk di tumbuk :
    Mengikut arah jam –
    200 grams akar cekur (kencur)
    3 biji bawang putih
    50 grams cili padi
    50 grams ikan bilis (digoreng garing)
    5 bawang merah kecil (digoreng)
  • Santan dari 2 biji kelapa di perah dan di masukkan ke dalam periuk. letakkan di atas dapur.
  • Masukkan ke dalam santan bahan-bahan yang digiling atau di tumbuk tadi. Biarkan sehingga mendidih sedikit tapi pastikan api kecil supaya tidak pecah santan.
  • Masukkan isi ikan cencaru bakar tadi. Hati-hati supaya isi ikan tidak hancur. Biarkan selama 3 minit. Masukkan garam dan serbuk perisa serta jus asam jawa secukupnya.
  • Sedap di hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Pecel ini ringkas, hanya perlu sayur-sayur kampung seperti pucuk paku di celur sahaja sebagai lauk sampingan
  • Resipi ini boleh di dapati di blog saya http://anakcina.wordpress.com/2008/04/12/wet-cold-sunday/

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago