Masakan Jawa. Resepi turun temurun dr Ibu saya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pecel Ikan Cencaru
Masakan Jawa. Resepi turun temurun dr Ibu saya.
BAHAN-BAHAN
- 1 kilo Ikan Cencaru
- 5 bawang merah kecil (digoreng)
- 3 biji bawang putih
- 200 grams akar cekur (kencur)
- 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
- 50 grams cili padi
- 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
- Santan pekat sahaja dr 2 biji kelapa
- garam dan serbuk perisa secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Ikan Cencaru hendaklah di bakar dahulu kemudian di ambil isinya sahaja.
- Bahan-bahan berikut adalah untuk di tumbuk :
Mengikut arah jam –
200 grams akar cekur (kencur)
3 biji bawang putih
50 grams cili padi
50 grams ikan bilis (digoreng garing)
5 bawang merah kecil (digoreng) - Santan dari 2 biji kelapa di perah dan di masukkan ke dalam periuk. letakkan di atas dapur.
- Masukkan ke dalam santan bahan-bahan yang digiling atau di tumbuk tadi. Biarkan sehingga mendidih sedikit tapi pastikan api kecil supaya tidak pecah santan.
- Masukkan isi ikan cencaru bakar tadi. Hati-hati supaya isi ikan tidak hancur. Biarkan selama 3 minit. Masukkan garam dan serbuk perisa serta jus asam jawa secukupnya.
- Sedap di hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Pecel ini ringkas, hanya perlu sayur-sayur kampung seperti pucuk paku di celur sahaja sebagai lauk sampingan
- Resipi ini boleh di dapati di blog saya http://anakcina.wordpress.com/2008/04/12/wet-cold-sunday/
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.