Pecal Ikan Keli Bakar

masakan org kampung dulu2

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pecal Ikan Keli Bakar

masakan org kampung dulu2

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan keli yg bersaiz sederhana
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 cawan air suam masak
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji buat tomato yg masak ranum
  • 15 ~ 20 biji cili padi ( campur merah dan hijau )
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan keli dan kelar pd kedua dua belah bahagian ikan. Basuh dgn menggunakan air asam jawa bagi menghilangkan lendir pd ikan keli tersebut. Kemudian bakar ikan atau kalau xde masa nak bakar, goreng pon sodap…
  • Dalam mangkuk lain, perahkan kelapa parut dgn 2 cawan air suam tadi. Pastikan air masak ye, sebab kuah pecal ini tidak perlu di masak. Hasilnya akan mendapat perahan santan suam sebanyak 2 cawan setengah.
  • Selepas itu, blendkan bawang besar dan segenggam cili padi yg telah digoreng sekejap bersama2 dgn air perahan santan suam tadi.
  • Tuangkan kuah pecal ke dalam mangkuk lauk dan perasakan dgn garam dan serbuk perasa. ikut citarasa masing2. Potong dadu buah tomato dan masukkan dlm kuah pecal. Kacau mesra..
  • Akhir sekali tuangkan kuah pecal di atas ikan keli yg sudah dibakar atau di goreng tadi. Bolehlah dihidang bersama nasi putih. SELAMAT MENCUBA…
  • Perhatian : Kuah pecal ini boleh juga dimasak atas api, just utk hangat saje sebab lauk ini sebenarnya sememangnya tidak perlu masak tapi boleh diubah dgn masak sekejap diatas api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago