Peach Clafouti

Jom la try resipi dessert ni. Mudah disediakan dan lazat gitu!!!Kalau tak suka peach, boleh guna apa-apa buah kegemaran anda…mcm cherry, pear, blueberries, mangoes…buah durian mungkin boleh???

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Peach Clafouti

Jom la try resipi dessert ni. Mudah disediakan dan lazat gitu!!!Kalau tak suka peach, boleh guna apa-apa buah kegemaran anda…mcm cherry, pear, blueberries, mangoes…buah durian mungkin boleh???

BAHAN-BAHAN

  • Beberapa keping hirisan peach dalam tin (cukup untuk atur dalam tin kek)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula (boleh ditambah/kurang ikut rasa)
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh vanilla
  • secubit garam
  • 2 sudu makan butter dicairkan
  • 1 sudu teh serbuk nutmeg (serbuk buah pala)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180 darjah. Sapu acuan kek dengan sedikit butter atau marjerin.
  • Didalam satu bekas, pukul telur, gula, susu, vanilla, butter cair, garam,dan tepung hingga sebati.
  • Aturkan potongan peach didalam acuan kek seperti gambar kat sebelah ni.
  • Tuangkan adunan telur kedalam acuan dan bakar lebih kurang 35 minit. Peach akan timbul ke atas selepas masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong. Kalau tak sabar nak potong jugak..jadi lah macam kat gambar sebelah ni. Sedap bangat ni..try la buat kawan-kawan!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago