Pau Kacang Hitam

Kuih pau mudah… (dapat resepi dari kawan.. teringin sangat nak makan pau hari ni ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pau Kacang Hitam

Kuih pau mudah… (dapat resepi dari kawan.. teringin sangat nak makan pau hari ni ;)

BAHAN-BAHAN

  • Doh:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 1/4 cawan air suam
  • Inti:
  • 2 genggam kacang hitam / merah
  • 6 sudu gula pasir
  • Sedikit minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
  • Larutkan gula dengan air suam.
  • Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
  • Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
  • Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
  • Sedia untuk dihidang bersama kopi O..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago