Pau gebu dan lembut

lain dari biasa, pakai bread softener

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pau gebu dan lembut

lain dari biasa, pakai bread softener

BAHAN-BAHAN

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  • Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  • Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  • ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  • Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  • ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  • Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  • Masukkan inti dan tutup kemas.
  • Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2″ x 2 “) dan susun didalam pengukus.
  • ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  • Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  • Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.
    Kukus pau selama 10 minit.
  • ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  • Selamat mencuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago