Pasta Linguine Ala Laksa Johor

Sedikit kelainan dari resipe Laksa Johor yang biasa. Umumnya selalu kita hidangkan bersama Mee Laksa atau Spageti. Saya memang suka pasta linguine (bentukknya seperti kue teow basah) Resipi ini saya tidak tambah taugeh, tapi jika suka bolehlah tambah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pasta Linguine Ala Laksa Johor

Sedikit kelainan dari resipe Laksa Johor yang biasa. Umumnya selalu kita hidangkan bersama Mee Laksa atau Spageti. Saya memang suka pasta linguine (bentukknya seperti kue teow basah) Resipi ini saya tidak tambah taugeh, tapi jika suka bolehlah tambah.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-Bahan A

    (Isi Ikan Kembung)


    1kg Ikan Kembung

    3 lawang Bawang putih

    3 hirisan lengkuas

    2-3 hirisan halia

    Sedikit garam

    3 cawan air
  • Bahan-Bahan B

    (Tambahan pada isi ikan – giling halus)


    100gram Udang

    100gram Ikan Kurau Masin
  • Bahan-Bahan C – Bumbu (Bahan untuk menumis)

    7 lawang Bawang Kecil

    3 lawang Bawang putih

    1 sudu kecil jintan

    1 sudu kecil ketumbar

    1 inci kunyit

    3 inci Lengkuas
  • 100gram Cili Kering
  • Bahan-Bahan D

    1kg santan (atau dari 2 ½ biji kelapa)

    100grams Daun Kesum

    1 btg Bunga Kantan

    1 sdkecil Gula Merah

    3 sdbesar Asam Jawa
  • Bahan Hidangan A

    100grams Kacang Panjang

    ½ Bawang Besar

    2 biji Timun

    100 gram Daun Pudina

    100 grams Daun Kesum

    6-7 biji Limau Kasturi
  • Bahan Hidangan B – Sambal Belacan

    2 inch Belacan

    50grams Cili Padi

    3 lawang Bawang putih

    Jus dr 4 biji Limau Kasturi
  • Bahan-Bahan Lain

    3 sudubsr minyak

    1 Paket Linguine

    Garam and perisa seckup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN A

    Siang dan bersihkan ikan kembung.

    Masukkan ke dalam periuk.

    Masukkan air agak-agak sehingga menutup ikan

    Masukkan bawang putih dan hirisan lengkuas dan halia.

    Masukkan sedikit garam.

    Rebus ikan hingga lembut.

    Tapis tapi jangan buang stok ikan.

  • Siang dan ambil isinya. Tumbuk atau giling hingga lumat.
  • Jika mahu, boleh juga diambil kepala ikan yang di rebus dan tumbuk hingga lumat juga.
  • PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN B

    Siang udang dan tumbuk lumat.

    Tumbuk hingga lumat.

  • Siang ikan Kurau masin.
  • Tumbuk hingga lumat.
  • PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN C – BUMBU

    Tumbuk cili kering hingga lumat berasingan.

    Titik lengkuas.

  • Tumbuk bahan-bahan C yang lain.
  • PENYEDIAAN KUAH

    Panaskan minyak dan masukkan cili dahulu dan tumis hingga naik bau.

  • Kemudian baru bahan-bahan yang lain.

    Masukkan Ikan Kurau Masin yang telah di tumbuk.

  • Kemudian masukkan isi udang yang telah ditumbuk.
  • Kemudian masukkan bunga Kantan.
  • Tumis selama 3 minit.

    Masukkan stok ikan.
  • Masukkan santan.
  • Simpul daun kesum dan masukkan.
  • Masukkan isi ikan kembung yg di tumbuk.
  • Masukkan gula merah
  • Masukkan asam jawa, garam dan serbuk perisa.
  • PENYEDIAAN HIDANGAN A

    Kupas kulit timun dan potong pada 4 bahagian kemudian hiris perlahan-lahan sekeliling.

  • Kemudian hiris halus
  • Hiris bawang.

    Hiris Kacang Panjang.

    Potong Limau Kasturi dua.

    Daun Kesum dan daun Pudina, ambil daun sahaja.

    Hidangkan di dalam pinggal bujur, sedia untuk di hidangkan.
  • PENYEDIAAN SAMBAL BELACAN

    Semua bahan-bahan untuk sambal belacan di tumbuk hingga lumat.

  • PENYEDIAAN THE LINGUINE

    Rebus Linguine sehingga masak (agak-agak selama 18 minit)

  • BAGAIMANA UNTUK DI HIDANGKAN

    Masukkan Linguine dahulu ke dalam mangkuk

  • Tambah bahan-bahan hidangan A dan sambal belacan.
  • Tambah Kuah.
    Sedia untuk di makan.
  • *Linguine boleh digantikan dengan spaghetti atau fettucini jika suka

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago