diolah mengikut citarasa sendiri dari sebuah blog masakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pasta Goreng Pedas

diolah mengikut citarasa sendiri dari sebuah blog masakan

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket pasta (saya gunakan spiral)
  • 2 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih – dicincang
  • 2 sudu besar cili giling (boleh ditambah jika ingin lebih pedas)
  • 4-5 sudu besar sos pasta (saya guna sos spageti bolognaise MAGGI)
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 1/2 capsicum merah – dipotong kecil2
  • 1/2 capsicum hijau – dipotong kecil2
  • lobak merah – dipotong dadu
  • beberapa biji cili padi (jika ingin pedas) – dipotong @ ditumbuk
  • 200 gram ayam cincang @ kisar
  • sedikit oregano
  • garam dan gula
  • minyak – untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus pasta mengikut arahan pada peket. Tambahkan sedikit garam dan minyak ke dalam air untuk mengelakkan pasta melekat. Apabila sudah masak, tos dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan naik bau.
  • Masukkan cili giling, tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan daging ayam cincang, sentiasa kacau supaya ayam tidak berketul-ketul.
  • Masukkan sos pasta, tomato, capsicum merah dan hijau, lobak dan cili padi.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan pasta dan gaul sebati.
  • Tambahkan sedikit oregano, sedia untuk dihidangkan.
  • **boleh juga ditambahkan bahan2 lain seperti bebola ayam atau apa saja untuk ‘memeriahkan’ hidangan ini :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN