Pasta Berkuah

Resipi asal mi rebus daripada mama. Ringkas tapi sedap…cubalah!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pasta Berkuah

Resipi asal mi rebus daripada mama. Ringkas tapi sedap…cubalah!

BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas bawang putih – ketuk
  • Ayam satu ketul – potong kecil-kecil*
  • Daging* sebesar kotak mancis
  • Udang – besar 2 ekor*
  • Lobak merah – potong memanjang
  • Saderi – potong halus
  • Satu biji tomato
  • 1 kiub ayam
  • Lada hitam – tumbuk halus
  • 1 biji telur rebus
  • Pasta – 150g untuk 2 orang makan, kalau mahu guna mi kuning lagi sedap
  • Garam dan gula secukup rasa
  • (Bahan * ikut suka, lagi banyak lagi sedap)
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus pasta dengan air mendidih selama 10 minit. Campurkan sedikit garam dan minyak zaitun. Minyak biasa pun boleh.
  • Rebus ayam dan daging sampai mendidih. Air rebusan ini akan dijadikan kuah.
  • Tumis bawang putih hingga naik bau – jangan hangit takut pahit.
  • Masukkan ayam, daging yang sudah direbus, udang – masak sebentar – baru masukkan lobak dan saderi.
  • Masukkan tomato yang sudah dihiris, kiub ayam. Masak sebentar baru masukkan air rebusan tadi.
  • Tambah garam (kalau guna kiub ayam letak sikit saja sebab takut darah tinggi), gula dan lada hitam.
  • Masukkan pasta/mi kuning semasa hendak menghidang, takut pasta/mi jadi lembik, makan dengan telur rebus.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago