1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk)
2-3 biji bawang kecil
1 sudu besar cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
Sedikit kicap
Air untuk kuah
1/2 cawan kacang tumbuk
minyak untuk menumis
gula merah & garam secukup rasa
**Bahan lain**
3 biji kentang sederhana besar
4 biji telur
4 keping tauhu
1 biji timun
1 biji sengkuang
sedikit taugeh
Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang bersama kulitnya sehingga empuk. Kemudian goreng kentang tersebut bulat2 sehingga kekuningan (tak payah potong2).
Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan.
Tauhu digoreng sehingga kekuningan.
Sediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.
Sediakan cucur kelapa. Satukan semua bahan. Bancuhan jgn lembik sangat, agak2 boleh kepal. Buat bentuk seperti dalam gambar, kemudian goreng sehingga kekuningan/ masak.
Sediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili. Blend keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga Kacang, garam & gula. Masukkan juga sedikit kicap (just nak bagi color jerr). Masak hingga mendidih. Kalau nak pekat, boleh letak lebih keledek
Cara nak hidang, potong semua bahan2 yang telah digoreng tadi. Timun & sengkuang dihiris. Gaulkan semuanya. Taugeh dicelur sedikit. Tuangkan kuah ke atasnya.
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.