Lauk utk Lontong Darat (sarapan pagi org johor)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Paru Goreng Rempah
Lauk utk Lontong Darat (sarapan pagi org johor)
BAHAN-BAHAN
- 1 kg paru
- 1 sudu besar serbuk kunyit (kalau guna kunyit hidup anggaran dalam 1.2cm)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 5 ulas bawang merah (dikisar)
- 5 biji cili kering (dikisar)
- 1 sudu besar ketumbar (dikisar)
- 1 sudu teh jintan manis (dikisar)
- 1 sudu teh jintah putih (dikisar)
- Garam, gula & belacan secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Paru direbus hingga empuk, letak garam sedikit kemudian dipotong lebar-lebar & nipis
- Gaulkan paru dengan sebuk kunyit dan garam sehingga rata dan perap selama 15 minit.
- Goreng paru tadi sehingga kehitam-hitaman. Boleh goreng semua paru tadi sekali gus. Angkat & ketepikan.
- Dalam kuali yg lain, panaskan minyak dan tumis semua bahan yg telah di kisar sehingga naik bau, masukkan sedikit air sekiranya bahan2 menjadi kering, masukkan garam, gula dan belacan
- Akhir sekali masukkan paru yg telah digoreng tadi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.