Pandan Layered Cake

Nampak macam rumit tapi mudah dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pandan Layered Cake

Nampak macam rumit tapi mudah dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Kek:
  • 5 biji telur gred A
  • 160 g gula
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik* (*disatukan dan diayak)
  • 75 g minyak jagung
  • 1 camca teh pes pandan
  • 2 camca besar susu segar/cair
  • Bahan Kastad:
  • 1050 g santan
  • 225 g gula
  • 10 g serbuk jeli
  • 1 camca teh pes pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 75 ml air, kemudian tapis)
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Kek: Satukan telur, ovallate, gula dan pes pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
  • Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dengan cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
  • Kastad: Satukan semua bahan untuk kastad dalam bekas tahan panas. Masak di atas air mendidih (secara ‘double boiler’), gunakan pengacau, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dengan kek.
  • Kek lapis pandan: Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastad dan ratakan. Lapiskan dengan sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dengan sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong. Lapiskan lagi dengan sekeping kek dan kemudian kastad dan diakhiri dengan kek. Isi ruang tepi kek dengan lebihan kastad.
  • Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dengan kelapa kering.
  • Bahagian yang berkastad tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek ni dimulai dengan bahagian kastad dan akhir dengan kek.
  • Satu petua….gunakan tin untuk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak-kerak yang tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yang kita guna untuk menggris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yang telah dilapis dengan kastad untuk dikeluarkan.
  • Ini yang betul-betul sejuk (baru potong tadi…buat sarapan lagi).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago