Pandan Layer Cake

Kek span yang dilapisi sari pandan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pandan Layer Cake

Kek span yang dilapisi sari pandan.

BAHAN-BAHAN

  • Kek:
  • – 250 gm campuran kek span segera
  • – 4 biji telur
  • – 50 ml air
  • – 50 gm minyak jagung
  • – 1 sudu teh ovallate
  • – 2 sudu pes pandan – boleh guna pandan emulco
  • Sari Pandan:
  • – 400ml santan
  • – 300ml air
  • – 3 sudu teh serbuk agar-agar
  • – 50 ml jus pandan
  • 6 sudu tepung Hoen Kee (warna hijau)
  • – 180gm gula
  • Hiasan: kelapa parut kering
CARA PENYEDIAAN
  • Kek: Campurkan semua bahan ke dalam mesin dan pukul hingga berkrim dengan kelajuan tinggi selama 6 – 8 minit.
  • Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada 180C selama 50 minit.
  • Bila kek sudah masak dan sejuk, potong kepada 3 bahagian.
  • Larutkan tepung Hoen Kee ke dalam air pandan dan pastikan ia tidak berketul-ketul.
  • Sementara itu, masukkan santan, gula, air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.
  • Bila mana sahaja campuran santan mendidih, tambahkan adunan tepung Hoen Kee tadi dan teruskan mengacau sehingga pekat. Matikan api dapur.
  • Biarkan seketika adunan tersebut menyejuk.
  • Kemudian, ratakan sedikit adunan sari pandan tadi ke atas lapisan kek pertama.
  • Bila siap, tutup lapisan sari pandan dengan kek kedua. Ulang sehingga habis dan jangan lupa ratakan juga sari pandan ke seluruh bahagian kek.
  • Akhir sekali, taburkan kelapa parut kering ke seluruh bahagian kek yang disaluti sari pandan tadi dan sejukkan di dalam peti sejuk sebentar.
  • Kek yang telah siap:

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago