Favourite anak2. Memang best mkn pagi atau petang…mkn dgn maple sirap & iceream…. Along selalu nya buat 2 bancuhan sekali gus…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pancake

Favourite anak2. Memang best mkn pagi atau petang…mkn dgn maple sirap & iceream…. Along selalu nya buat 2 bancuhan sekali gus…

BAHAN-BAHAN

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan tepung dan soda & krim tartar – kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)
  • Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti – jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni…
  • Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.
  • Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.
  • Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
  • Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda – maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.
  • Nak letak gambar maple syrup utk yg bertanya tapi dah habis pulak. So, kat sini Along letak lah gambar pancake syrup (Sorry, yg ni pun hampir habis, tinggal suku botol je…. ni sebab anak2 selalu je makan pancake & waffle). Nanti bila dah beli maple syrup, Along akan letakkan gambar nya pulak.
  • Ini pulak blueberri syrup, my boys’ favourite mkn dgn pancake & waffle. Dah nak habis baru sempat ambik gamba.
  • Untuk yg bertanya, ini dia gambar krim tartar. Ianya serbuk putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN