Masakan hokkien, namanya Pan Mee. Nama dalam Mandarin pula Ban Mian. Ini rasa asli, sekarang boleh dapat dalam pelbagai jenis sup kat kedai. Kalau ada mesin mee, boleh juga buat mee dengan ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pan Mee

Masakan hokkien, namanya Pan Mee. Nama dalam Mandarin pula Ban Mian. Ini rasa asli, sekarang boleh dapat dalam pelbagai jenis sup kat kedai. Kalau ada mesin mee, boleh juga buat mee dengan ni.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur kecil
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung dalam mangkuk besar dan buat satu lubang kat tengah. Masukkan garam dan telur.
  • Masukkan minyak dan air. Uli sehingga jadi doh yang agak licin, lebih kurang 5 minit. Kalau guna telur yang besar, air boleh dikurangkan sikit. Doh ni lebih keras berbanding dengan doh untuk roti.
  • Bahagikan doh kepada 4 bola kecil supaya senang nak ambil nanti. Tutup degan plastik dan diketepikan. Sementara itu, sediakan sup. Selalu saya masak ni dengan Sup Salad. Jagan masukkan sayur awal-awal, lepas masuk mee baru masukkan sayur.
  • Bila sup dah didih, kecilkan api. Ambil satu biji doh dan tarik macam dalam gambar. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Untuk pertama kali masak ni, cubalah buat yang tebal dan nipis… rasa dulu baru tau mana satu yang suka.
  • Buat kepingan kecil dan terus masukkan ke dalam sup. Ulang sampai habis. Lepas tu, masukkan sayur dan bebola ikan atau bahan-bahan lain. Bila mee dah masak akan timbul kat permukaan sup.
  • Bila dihidangkan, taburkan sedikit ikan bilis goreng dan bawang goreng kat atas. Makan dengan cili padi dan kicap cair… boleh juga bubuh sedikit bawang putih dalam kicap cair.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago